25) Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.
26) Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
27) Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.
28) Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.
29) Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada bekas kekasih menjadi sahabat.
30) Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan.
31) Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka.
32) Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
33) Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.
34) Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.
35) Jembatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, pernikahan menjadi penghubung antara dua insan dan anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.
36) Tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ia nya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara.
37) Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
38) Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
39) Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
40) Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda.
41) Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
42) Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
43) Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
44) Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
45) Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia.
46) Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
47) Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang benar.
48) Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
49) Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa.
50) Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar